Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 2009 Januari 27

Gerhana Matahari..!!

Semalam...26 Januari, satu fenomena alam berlaku. Sbb saya dah beberapa hari tak bace paper, tgk berita & internet sbb saya sibuk memBZ kan diri di Kelantan dgn aktiviti jalan2 dan shopping2..ekkekekeke. Ketika saya sedang drive, sbb suami saya ngantuk, saya nampak matahari macam bulan sabit. Tp saya tak cakap kat sesape pon. Saya igt mata saya yg silap. Hahhahaha. Tp rupenye mmg berlaku gerhana matahari. 1st time saya dapat tgk gerhana matahari direct cam tuh. SubhanAllah...mmg matahari macam bulan sabit. So, tgk la pic nih.


Menakjubkan sungguhkan. Akhir2 nih banyak fenomena alam berlaku kan. Di Pulau Pangkor air merah jadi merah dan kemungkinan mengandungi toxic. Termasuk dgn beberapa ikan paus dijumpai terdampar di pantai. Bencana banjir pon banyak berlaku. Adakah dunia nih dah jemu bekawan dgn manusia??( Cheewahh, macam lirik lagi plak)..ekekekkeke. Mungkin itu satu peringatan utk kite supaya kite jgn lalai sgt.

Jumaat, 2009 Januari 23

Strawberry Chocolate..!!

Nak kongsi lagi satu resepi merepek yg sgt mudah. Sebab saya tetibe teringin nak makan stroberi coklet. Hahhahha. Sbb saya tgk ade chef buat kat Channel 707. Disebabkan stroberi agak mahal, dapat la saya buat dalam 15 biji je. Jadi la, lepas kempunan. Hahahahah. Cara2 senang je.
Bahan2 adalah stroberi & cokelat masakan. Mudah kan.
Cara-cara
Panaskan cokelat dengan kaedah double boiler.

Kalau jadi can nih, dah kira ok la
Celupakan stroberi dalam coklat.
Letak stroberi yg dah di coklatkan atas tracing paper. Bile sume dah siap, masukkan dalam freeze sekejap utk keraskan coklat tu. Tp kalau nak makan mase cokelat tuh cair lagi pon sedap jugak. Heheheeh
Dan akhirnya....tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ini la hasilnye.
Selamat mencuba kengkawan.

Khamis, 2009 Januari 22

Mamai

Di satu tengah hari, sepasang suami isteri duduk di meja makan. Si isteri hanye dok tengok si suami yg sdang makan. Selepas makan, mereka duduk melapak di meja makan sambil borak2. Tatkala si isteri terdengar azan berkumandang, maka die menegur suami nye

Isteri: Cepat la, dah azan dah..!!
Suami: Kenapa?
Isteri: Tak pegi semayang Jumaat ke?
Suami: Tak lah
Isteri: Apsal?? (dgn penuh kemuskilan)
Suami: Ari nih Kamis la...
Isteri: Ye ke? (blur)
Suami: Ek elleh...sampai lupa hari
Isteri: (Tercengang bangang sambil melihat kalender)






Camne la boleh lupa hari ek...Ekekekekekeekke. Banyak makan semut kot.

p/s: Ari nih terlebih rajin berblogging.

Tudung Baru..

Hari Isnin lepas, saya ikut suami ke Tanjung Karang. Die nk jumpe org pasal kerja. Berjam2 jugak la saya menunggu die. Boring tul. Ingat kan sekejap je. Dalam mase menunggu, saya merayau2 kat pekan Tanjung Karang. Ada pasar pagi. Ramai org berniaga. Saya terjumpa la org jual tudung, alaaaaa...tudung yg org ramai sgt pakai skrg. Saya tak pernah beli pon, tp saya rase macam nk bli pulak. Saya pon bli la 2 helai. Saje nk cuba kan.

Yg pink tu RM8, yg kuning tuh RM15. Yg kunin tuh kain die sedap sket.

Masuk je dalam kereta terus try tudung baru. Hahahahaha. Tak saba2 kan. Senang gile pakai tudung ni. Tak payah nak bentuk2 & tak perlukan brooch. Senang kan. Cume tudung nih pendek sket la. Itu je yg tak berapa best. Tp org kata ada yg panjang sket. Nnt la saya nak carik. ni die hasil pemakaian tudung baru..

Muka teruja ngan tudung baru. Hahahahhaha

Sabtu, 2009 Januari 17

Jom Main Masak-Masak

Time sejuk2 nih perut mmg selalu lapar. Bile tgk Rona Roni Macaroni, teringin lak makan macaroni cheese. Cedapnye la kalau dapat makan Macaroni Cheese kat Secret Receipe. Nyum Nyum. Maka, saya pon membeli la barang2 instant di hypermarket terbaru yg bukak kat area saya nih. Walaupon tak berapa hyper, kire berbaloi la jugek berbelanja kat Tunas Manja ni. Takyah lagi gi Giant.
Ni saya kongsi sket resepi instant..hahahaha. Sbb tak pro lagi pakai resepi ori. Bahan2 nye sgt la mudah.

Itu je...Senang kan
Cara masak pulak, lagi la senang..

Rebus Macaroni..

Rebus sampai cukup masak
Kemudian, tapis dan ketepikan..
Masak kuah nye pulak..
Masukkan mushroom cream...campo sikit air kalau takmo pekat.
Masak sampai mendidih...dah siap
Ini la hasilnye. Kalau ade cheese lagi best. Saya lebih suke guna mozarella chesse...cedap. Letak la ape2 garnishing yg korang suke. Nak letak daun sup ke..daun kari ke, suke ati korang. Saya cuma letak sedikit lada sulah. Time to eat. Walaupon tak sesedap macarono kat Secret Receipe, tp kire boleh layan la.

Jumaat, 2009 Januari 16

Akhirnya...hahahhaha

Saya tgk ramai org sentisa bertukar2 layout blog derang. Saya asek static je ngan layout tuh. Bukan ape, malas nak menambah gadget2 tepi yang hilang kan. Tp, tahap kerajinan saya bertambah hari ni. Jadi saya pon tukat la layot. Walaupon layout biase je, saya suka...rimas plak tgk kalau byk sgt gambo pelik2 kan. Lagi pon malas nak search...hahhahahaha.
Anggap je a rumah ni dah cat baru sempena tahun baru. Nasib baik percubaan kalu ni tak gagal macam dulu. Kalau tak pening lagi la kepala saya. So kengkawan, teruskan la mengunjungi blog saya yg tak seberapa nih. Hahaahha. Terima kasih atas kunjungan korang. Korang mmg best.

Rabu, 2009 Januari 14

1st Tag utk 2009!!

Saya telah di tag oleh Mama Zety. Tag yg pertama utk tahun nih. So, layan je la kan

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.

1. I am



2. i really want to go to...







3. My favourite place...



4. My favorite things...


5. My fav drinks..




6. My Fav food...




7. My Fav Colors..


8. I live in...

9. I was born in...


Tp, bukan la kat stadium...saya lahir kat poliklinik

10. My school / College


11. My fav story...



12. My hobby



13. I wish


Orang yg saya nak tag ialah:
1. Tata
2. Nana
3. Afkar'z
4. Kak Hajar
5. Umi Sufira
6. Sesape yg rajin nk buat...ahahhahaha

Selasa, 2009 Januari 13

Buah Delima

Awal tahun hari tu, saya gi melawat jiran sebelah umah mak mentua saya balik dr mengerjakan haji. Makcik tuh siap hidangkan buah delima yg sgt sedap dan sgt merah. Nyum nyum. teringat plak mase saya pi umrah hari tuh, hajat di hati mmg nak beli buah delima. Sekali terlupa. Lepas tawaf wida' baru ternampak buah tu kat kedai. Nk beli tak boleh dah. Sbb lepas tawaf wida' dah takleh ade urusan beli membeli dalam tanah haram. Kalau nak bli pon sampai Jeddah baru bleh. Oh, kempunan betul saya.

Kebetula hari tu saya pegi ke Giant dgn adek2 ipar saya. Terjumpa plak buah Delima. Saya pon bli la. Harga pon ok. Die nye tag harga tulis RM4.29. Saya pon amek 2 bijik, terus pegi timbang. Sekali, tgk kat label harga kene 8 hengget lebih.


Rupa2nye, die kire sebijik 4 hengget lebih. Saya igt sekilo 4 hengget. Huh. Tp takpe la, sbb nak makan kan. Dalam hati dah terbayang2 dah kemerahan dan kemanisan buah delima tuh. Sampai umah, saya pon belah la buah tu. Sekkali, warna buah tu sgt la pudar. Dan rasa nya pon tak le sesedap buah delima dr Mekah tu.



Frust tul la saya. Harap mahal je lebih. Dah le tak bape nak elok buahnya. Cam busuk sket. Mencik tul saya. Lenkali mmg takkan saya beli lagi buah ni kat Giant. Kat mane ek kite nak dapat buah delima yg fresh cam kat Mekah tu ek??. teringin betul saya. Kalau yg merah tuh, mmg sangat menyelerakan. Mane la saya nak carik?

Khamis, 2009 Januari 08

Boikot Israel & Sekutu!!





Kalau boleh, kita cuba elakkan sume brand2 ini. Walaupon saya rasa sgt susah kerana rakyat Malaysia sudah biasa dihidangkan dgn brand2 dr Amerika. Rakyat Malaysia sudah jadi penggemar brand2 ni. Tp, kita cuba la. At least kita cuba kan. Sememangnya brand2 ini dah sebati dengan kita, sampai kita rasa brand2 nih alaysia yg punya. Sehebat itu la kita sume disogok dgn brand2 ni. Dan barangan mereka juga memonopoli pasaran Malaysia. Mungkin dalam 80%. Jadi, pilihan kita sgt la kurangkan. Itu blom termasuk kelab2 malam yg dah tentu2 datang dari negara kapir laknatullah. Jadi, tepuk dada tanya selera. Pilihan berada di tangan kita
Utk list selanjutnya sila layari Boikot barang Israel
p/s: Marila kita berdoa bersama ke atas kesejahteraan ke atas saudara Islam kita di Palestin. Semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka. Amin

Isnin, 2009 Januari 05

Happy Birthday Hubby!!


5 Jan, birthday suami saya. Yg ke berapa, biarlah menjadi rahsia...hahahhaha. Pada awalnya saya dah plan sesuatu, tp disebabkan hari nih suami saya ada kerja undi PLB, maka saya terpaksa la membatalkan agenda saya. Ohh..tak suke betul la kene cancell plan nih. Tp, kerja undi tuh lagi penting.

Saya nk ucapkan Selamat Hari Lahir kepada suami saya. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Saya doakan supaya abang dapat kerja undi hari ni. Dapat projek besar2 utk tahun 2009..heheheh. Saya sayang abang. Saya nak wish happy bithday utk kakak ipar saya jugak yg berkongsi tarikh lahir yg sama. Tahun je lain2. Ironik sungguh, suami saya dan kakak dia lahir pada tarikh yg sama.

Apa ye hadiah saya utk da utk tahun nih...ni le hadiahnye...hahahhaha...Ok tak abang?...hihihihi..




Sabtu, 2009 Januari 03

Hujan tak berhenti!!

Dah 2 3 hari hujan tak berhenti. Ada sesetengah tempat air dah naik. Alamak, kene wat preparation nih. Bukan apa, mmg la rumah saya tak naik air...cuma takut jalan2 utama air dipenuhi air. Kalau itu berlaku, kemungkinan bekalan makanan akan terputus macam banjir tahun lepas. Mase tuh, sebutir telur boleh naik harga sampai RM1...bayangkan la. Mahal tul. Sume tekan harga, mentang2 la kitorang tak boleh nk kluar nk bali makanan.

Petang ni, nak pegi pasar. Nak bli barang2 mentah, at least untuk seminggu. Semalam saya pegi Kuantan pon hujan tak berhenti jugak. Nasib baik la air masih tak naik lagi. Kalau tak tersangkut plak kitorg kat Kuantan. Tempat saya nih kalau hujan sejuk sangat, macam kat Cameron Highland. Sejuk sesangat. Nk mandi pon malas sbb sejuk sgt. Tp, kalu nk jemur baju, mmg berhari2 baru la kering. Harap2 esok behenti la hujan.

Khamis, 2009 Januari 01

Welcome 2009!

Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua pelawat blog ini. Terima kasih atas kesudian korang lepak kat sini. Apa2 pon, semoga 2009 ini menjadi lebih bermakna kepada kita semua. Pesanan saya untuk semua, terutama kepada umat Islam hentikan la menyambut tahun baru dgn berparti2 di kelab2 or hotel2. Itu bukan budaya kita. Takde apa yg penting pon sempena tahun baru. Dan satu lagi, PM Malaysia kate tiada sambutan tahun baru sempena menghormati Maal Hijrah, tp mcm biase la kan....cakap tak serupa bikin. Mungkin zaman sekarang nih tahun baru tak bermakna tanpa konsert, artis dan parti. Semoga Allah merahmati kita di tahun baru ini.

p/s: Countdown to my hubby birthday...*wink*